Jumayatara Page List

Thursday, December 10, 2009

Musim Lafaz Taklik

Minggu depan musim tengkujuh, aku akan nikah lagi satu InsyaAlah.
Kena buat persediaan , kena buat rehearsal, kena faham setiap lafaz nikah dan lafaz taklik talak. Selain dari persedian fizikal persedian rohani pun perlu.

Dulu aku nikah, aku belasah cuma untuk menyempurnakan majlis. Lafaz Nikah senang aje, cuma ikut Tok Kadhi cakap.Bila nak ucap Lafaz taklik talak mengigil aku, keluar peluh jantan aku yang sepatutnya tak keluar...tulisan jawi beb...merangkak mengeja aku baca jawi....satu benda pun aku tak faham apa yang aku baca....aku ingat nak bagi habis baca saja.belasah aje ...janji beres.

Wahal lafaz taklik talak adalah penting untuk menjaga hak masing-masing.

Ikut sistem ejaan aku, aku cuba tukar jawi ke rumi macam ni jadi nya:


Lafaz Pengakuan Taklik Talak



Adalah saya ......bin.......dengan ini bertaklik : jika

1] Saya tidak bermuasarah yang makruf dengan isteri saya ............binti........samada saya meninggalkan dia dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan kamariah berturut-turut atau lebih itu.

2] Saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama 4 bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyus oleh mana-mana mahkamah syarie itu.

3]Saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badanya, penginayaan atau lain-lain dera syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada kadhi atau hakim dan sabit aduannya disisi kadhi atau hakim syarie dan memberi kepada kadhi atau hakim syarie bagi pihak saya sepuluh RM atau senilai dengan nya maka pada ketika itu tertaklik lah dia .......binti.........dengan satu talak khala-a.


Betul ke aku alih bahasa ni??

Beb ....kena berhati dengan syarat no 1, apabila isteri mintak balik kampung dengan alasan tertentu dan anda memberi nafkah sepanjang tempoh tu iaitu empat bulan atau lebih. Jika ditakdir isteri berubah hati dan memohon taklik...maka perkara ni boleh disabitkan.

Tang sepuluh RM sebagai ganti bagi pihak saya .....ni aku tak faham . kenapa ada nilai kena buh. sejuta RM sebagai ganti pihak saya???


Selamat melafaz akad nikah dan lafaz taklik.

1 comment:

  1. nikah elok2..jangan mcam pengikut pas pulak bawak lari anak orang

    ReplyDelete