Jumayatara Page List

Thursday, December 10, 2009

Pisau Kesetiaan Sejati

Disaat hampir aku disatukan zahir dan bathin bersama ummie,
ibu kepada anak aku menghantar pesanan ini:


Kalau masa berjalan terlalu cepat atau terlalu lewat...
Dan membawa kau kepadakuterlalu lekas atau terlalu lambat...
Janganlah menyesal
Kerana tidak semua kembang merekah di musim bunga

Kalau mataku rabun melihat pancar sinar intan
Dan hatiku ragu dalam satu illusi ..
Usahlah bimbang kerana tidak semua dedaun gugur dimusim luruh
Kalu terlihat kelopak bunga bertaburan tatkala mentari sudah terlalu rembang
Jangan disesali
Kerana itu adalah realiti yang menjadi fatamorgana di setiap batas
Kalau nanti kerana takdir, kita terluka jua...kelak akan aku simpan diam-diam jauh disudut hatiku...jua disini telaj ku tikam diriku dengan pisau kesetiaan yang sejati.


Pandangan ibu sayu, aku tidak mampu memandangnya.

No comments:

Post a Comment